Sunday, August 22, 2010

Permata Yang Dicari

Hadirnya tanpa kusedari
Menggamit kasih cinta bersemi
Hadir cinta insan padaku ini
Anugerah kurniaan Ilahi
Lembut tutur bicaranya
Menarik hatiku untuk mendekatinya
Kesopanannya memikat di hati
Mendamaikan jiwaku yang resah ini
Ya Allah
Jika dia benar untukku
Dekatkanlah hatinya dengan hatiku
Jika dia bukan milikku
Damaikanlah hatiku
Dengan ketentuan-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Tidak sekali dinodai nafsu
Akanku batasi dengan syariat-Mu
Jika dirinya bukan untukku
Redha hatiku dengan ketentuan-Mu
Ya Allah
Engkaulah tempat kubergantung harapanku
Kuharap diriku sentiasa di bawah rahmat-Mu
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki
Dialah permata yang dicari
Selama ini baru kutemui
Tapi ku tak pasti rencana Ilahi
Apakah dia kan kumiliki

Wednesday, April 14, 2010

WANITA DAN LELAKI SALING MELENGKAPI



Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah. Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala. Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki? Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo. Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya. Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit. Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya. Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita. Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan. Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin. Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia. Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada. Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja. Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa. Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama. sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai. Semoga mereka tak tersalah pilih. Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri. Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia . Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki,tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki. Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya. Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata. Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati. Tetapi kita bahagia dalam dakapannya.Semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

perlukah cinta??

Idea Tentang Cinta.

Sejujurnya saya terfikir pasal topik ni sbb terkenangkn kejadian/peristiwa yg sering terjadi di ruangan forum di portal kesayangan saya..www.iluvislam.com. sedar tak sedar sudah lama saya berkenalan dgn web tercinta ini dan hampir selama itu juga saya menjadi moderator di situ..alhamdulillah.

Dan antara 'masalah' yang agak memualkan dan menjengkelkan bagi saya ketika mula-mula bertugas sebagai mod adalah apabila user sering membuka thread baru iaitu thread ulangan dan lagi satu yang paling saya tak tahan adalah membuka thread CINTA/COUPLE…sedangkn dah jelas terang2an di etika/peraturan forum…

“anda dilarang membuka thread baru berkaitan couple tanpa izin mod”

Tapi selalunya mereka yang berkenaan terlupa untuk membaca peraturan, atau mungkin buat-buat tak nampak lalu membuka thread cinta lagi dan lagi hingga pernah satu time, saya memang dah hilang sabar, pantang nampak bab-bab jiwang, soal hati, terus saja lock tanpa belas kasihan..

“owh..kejam jugak aku nie..haha!sorry..”

dan di kemuncaknya, ada user membuka thread baru pula..

"Kenapa Banyak Thread Cinta Di Buka?"


Antara Dakwaan.

"entah lah susah nak faham, kenapa topik cinta juga yg menjadi pujaan hati"

Adakah kita lupa bahawa, apabila nabi Adam A.S berada di dalam syurga, beliau mempunyai segala-galanya yang tidak dapat kita bayangkan, tetapi beliau masih rasa kesunyian? lupakah kita cerita itu? Sedangkan kita di cipta berpasangan, bukankah begitu? So apakah yang hendak di hairankan?

Jangan kita fikir, semua di luar sana sama macam kita, semua boleh mencapai cinta yang tertinggi, iaitu cinta pada Allah, kerana banyak remaja kita di luar sana masih goyah pemahaman mereka terhadap Islam, apakah yang perlu kita lakukan sebagai pendakwah muda?

"lupakah anda yg web site ini namanya adalah iluvISLAM..bukanlah iluvYOU..haih."

Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have not seen how the Prophet shed their blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do we call that then?

Think young preacher!! Think!! Others are preaching love, and we are preaching hatreds among us.

Only Allah knows best,
mr X.


Aku Menakwil.

"Islam is all about love too you know, if not you won’t be putting the love symbol at the i ‘luv’ islam.com, don’t u think so? have no not seen how the Prophet shade thier blood because they love us, to bring us to the right path, have you not think of that? If its not love, what do you called that then?"

Adakah anda yang berkata-kata, pernah klik butang ini

Have you?di sini..link mengenai cinta dan couple sudah TERLALU banyak..kata-kata saudara/i seolah-olah menuduh kami menidakkan rasa cinta sesama manusia sedangkn sebenarnya kami telah memberi banyak peluang utk membincangknnya..malah melimpah ruah..

Tolonglah patuhi etika dan peraturan forum…luangkn sedikit masa, baca dan fahamilah..manfaatkan butang search..:)


Kenapa Ada Cinta?

Tak cukup dengan membuka thread baru, kadanga ada juga user yang PM dan YM meminta pandapat saya tentang cinta..masalah cinta..ada jugak yang emel..susah juga bagi saya nak jawab..al maklumlah dah bukan musim/mood ingin bercinta..so nak jawab setiap satu persoalan pun kadang-kadang rasa berat..

Kenapa cinta?

Mungkin kerana zaman remaja adalah zaman yg paling optimum, paling sesuai dan paling masak ranum untuk bercinta..tgk pulak rakan-rakan sekeliling..semuanya berteman, semuanya berdua.. semuanya bercouple…maka perasaan ingin tahu membuak-buak..

“aku pun nak rasa cmne bercinta, cmne ade boifren..cmne ade gulfren..nanti klu tak suka, bleh clash bila2"

Agaknya itulah yang kebanyakan remaja rasakan…inkuiri yang tinggi..perasaan ingin tahu, ingin mencuba dan ingin merasa..namun akhirnya menjerat diri bila soal hati dan perasaan menjadi taruhan..lagi menyedihkan apabila maruah dan masa depan diperjudikan bila sudah mabuk cinta..bila sudah hanyut dalam cinta..mata dan hati menjadi buta… org ckp apa pun dah tak guna, dah tak makan saman..semuanya kerana cinta..

“buang emak buang saudara, kerana kasih aku turutkan”

Kenapa Cinta?

Mungkin juga kerana pengaruh tv dan movie..setiap cerita dan kisah yang terpapar di tv dan vcd, semuanya pasti di selitkan dgn kisah-kisah cinta..paling tak leh lawan cite hindustan..cikgu kaunselor saya masa sekolah dulu pernah cakap..

“kalu bleh takyah tgk cite hindustan..byk berkhayal..nnt awak pun turut sama berkhayal”

Wohoo!..mungkin jugak betul..berkhayal sekali..depa menyanyi dan menari kat dlm tv..kite kat depan tv pn rasa nak joget sekali goyang-goyang kaki..iya tak? rasa terbuai sekali, oh..indahnya cinta!..dan bila depa sedih, tup3 kite kat depan tv nie pun turut sama meleleh air mata…kan? kan?

"seperti aku jua ada pengalaman serupa.."

Kenapa Cinta?

Mungkin juga kerana fitrah semula jadi manusia..yang di ciptakan berpasang-pasangan..seperti juga adam yang hidup bahagia di syurga..semuanya sempurna..semuanya ada di syurga namun adam tetap juga kesepian..lantas Allah ciptakan Hawa untuknya..sebagai peneman hidup..dan hakikatnya, kita anak cucu nabi adam juga tak lari dari perasaan yang sama..tuntutan hati yang ingin di sayangi dan menyayangi..

“oh..indahnya cinta~!!”

Teringat puisi yang pernah saya cipta suatu masa dulu..

"Cinta..putiknya rindu sudah menyakitkan, apatah lagi bila ianya kembang lalu layu..kelopaknya gugur ke bumi satu persatu…”

Hurmm..jiwang bleh tahan jugak saya nih..but..well…love is pain..dan makin kuat kita sayangkan seseorang itu, makin kuat juga perasaan takut kehilangan..bukankah bila kita cintakan seseorang, akan ada rasa rindu? dan rindu kepada sesuatu yang bukan milik kita, bukankah ianya menyakitkan? selagi dia tidak melafazkan ucapan ijab dan kabul..selagi dia tidak melafazkn akad..maka dia bukanlah milik kita dan kita juga bukan milik dia..maka untuk apa rasa cinta itu? untuk apa rasa rindu yang menyakitkan itu? tiada gunanya..


Cinta Kerana Allah

Ana uhibbuka fillah..aku mencintainya kerana Allah…Alhamdulillah jika ianya benar..tapi banyak mana yg mampu mencintai seseorang kerana Allah..mampu menyintai Allah lebih dari org yg dia cintai? jika anda tidak mampu untuk berbuat demikian..maka batalkan dulu niat untuk bercinta…

“cinta itu manis dan indah namun cinta itu juga mampu menjadi racun yang membinasakan..”

Apakah Hukumnya Bercinta Sebelum Nikah?

Saya bukanlah ustazah…so bab hukum hakam ni saya tak mampu cakap apa.. ada adik-adik bertanya kepada saya soalan yang cenggini..jawapan saya mudah..

“soal hati bukannya bleh di paksa..akak faham..tp kalu bleh, tolak tepi dulu soal cinta dan fokus kepada study dan famili dulu yer, kejar cita-cita sebelum mengejar cinta”

itu la jawapan saya..mungkin fikir nak mudah tapi itulah yang terbaik, insyaAllah..

Tuesday, April 13, 2010

bengkoknya wanita

"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."

"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "



*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

rahsia jari kita


Pelbagai hikmah dan tafsiran yang boleh diandaikan di sebalik jari anda yang lima. Cuba perhatikan perlahan-lahan jari anda.Kemudian, genggam ia kuat-kuat dan angkatkan ke atas. Laungkan ... "Allahu Akbar" sekuat-kuatnya. Itulah Rukun Islam yang mesti dijunjung.

Luruskan ia ke hadapan dalam keadaan terbuka.Renung dalam-dalam. Kewajipan solat lima waktu jangan diabaikan.Kemudian lekapkan jari itu di atas meja, perhatikan. Bermula daripada jari kelingking yang kecil dan kerdil, seperti manusia dan apa sahaja akan bermula daripada kecil kemudian besar dan terus membesar.

Itulah fitrah insan dan alam seluruhnya. Apa sahaja yang dilakukan mesti bermula daripada kecil. Bak kata pepatah "Melentur buluh biarlah daripada rebungnya". Kegagalan mendidik di usia ini akan memberi kesan yang besar pada masa hadapan.

Naikkan kepada jari kedua, jari manis namanya.Begitu juga dengan usia remaja. Manisnya seperti jari yang comel mulus ini. Apatah lagi kiranya disarungkan dengan sebentuk cincin bertatahkan berlian, bangga tak terkira.. Pada ketika ini, alam remaja menjengah diri. Awas!!
Di usia ini sentiasa dibelenggu dengan pelbagai cabaran dan dugaan. Hanya iman dan taqwa menunjuk jalan kebenaran.Pada usia ini, anda sudah baligh dan mukalaf.Pastinya sudah dipertanggungjawabkan segala amalan di hadapan Rabbul Jalil. Bersediakah anda??


jari


Nah... naik kepada jari ketiga. Jari yang paling tinggi, jari hantu namanya.Zaman remaja ditinggalkan. Alam dewasa kian menjengah. Di peringkat umur 30-an ini seorang itu telah mempunyai status dan identiti dengan ekonomi yang kukuh serta kerjaya yang teguh. Namun, anda mesti berhati-hati kerana di kala ini banyak "hantu-hantu pengacau" yang datang menggoda. Hantu hasad dengki, hantu ego, hantu tamak, hantu iri hati dan seribu macam hantu lagi. Kalau gagal mengawal emosi lantas terus masuk ke jerangkap nafsu dan syaitan. Jesteru itu, amal ibadat mesti dilipatgandakan.

Kita beralih kepada jari telunjuk. Jari inilah yang mengungkap satu dan esanya Allah SWT ketika solat. Genggamkan kesemua jari dan keluarkan jari ini. Gagahnya ia sebagai penunjuk arah, menjadi contoh dan tauladan. Manusia yang berada di tahap usia ini, hendaklah tampil sebagai model kepada generasi baru dan pembimbing yang kaya dengan idea bernas dan minda yang hebat.

Akhir sekali, renung ibu jari. Ianya besar dan pendek tetapi menunjukkan kematangan dan kehebatan yang membanggakan. Tugasnya membenarkan sesuatu dan mentafsirkan pelbagai perkara. Bak kata orang Jawa "cap jempol" atau cap jari.Kalau dia ada, semua urusan berjalan lancar. Buat generasi muda, rujuk dahulu kepada orang tua atau yang berpengalaman.Mereka makan 'garam' terlebih dahulu dari kita. Sekiranya petunjuk mereka anda patuhi, nescaya anda boleh berkata "good" atau "yes" sambil menggengam semua jari dan angkat ibu jari ke atas dan hayun ke hadapan.Itulah rahsia kejayaan anda.

cinta pertama,hirisan pertama

Bismillahirrahmanirrahim..

PM: "Awak tak penat ke jadi baik? Awak tak penat ke orang hina, permainkan awak, kutuk awak, hancurkan hati awak? Tak pernah sekali ke awak melawan? Awak bertudung labuh, sesetengah orang pandang awak buta fesyen, pandang awak konservatif, apa yang awak buat?"

SAYA: First of all, i am not wearing tudung labuh. Saya biasa-biasa sahaja, bukan dari sekolah agama dan bukan juga belajar di universiti Islam, saya juga belajar dan bekerja di bidang kejuruteraan. So untuk menjawab persoalan buta fesyen, pandang saya konservatif adalah tidak relevan bagi saya kerana saya seorang yang "up-to-date". tapi jika bertanya apa pendapat saya mengenai mereka yang bertudung labuh, jawapan saya, saya kagum dengan mereka yang lebih mementingkan pandangan Allah daripada pandangan manusia. sejuk mata menengoknya, kelihatan sopan dan ayu, jauh dalam hati saya pun menanam tekad dan azam untuk di kurniakan kekuatan supaya dapat mencontohinya..insyaAllah, dengan izin Allah saya juga akan bertudung labuh, mudah-mudahan.

Penat menjadi baik?
Tak penat ke orang hina, main-mainkan kita, kutuk kita, hancurkan hati kite?
Tak pernah sekali ke saya melawan?

Siapa kata saya tak penat? Kadang-kadang tu ada juga terasa.Saya juga manusia yang lemah. Mungkin saya tidak pernah di hina, tapi menjadi seorang yang terlalu baik sebenarnya pernah mendedahkan saya kepada situasi akhirnya saya di tindas dan di aniaya. Ya, mereka akhirnya menghancurkan hati saya. Saya juga seorang yang pemaaf dan tak menyimpan dendam, bukan balasan baik yang saya perolehi-sebaliknya mereka menuduh saya hipokrit!

Astaghfirullahalazim..Bukan senang nak jadi baik..Memaafkan pun jadi salah. so apa lagi? Takkanlah orang berbuat jahat kita juga harus berbuat jahat? No, it is not me..I dont care if u wanna hurt me but to revenge is not me. Terserah apa orang nak fikir tentang kita yang pasti kita tahu apa yang kita buat adalah betul dan yang penting, keredhaan Allah itu yang paling utama.

"Jika kamu memperoleh kebaikan, niscaya mereka bersedih hati, tetapi jika kamu mendapat bencana, mereka bergembira karenanya. Jika kamu bersabar dan bertakwa, niscaya tipu daya mereka sedikit pun tidak mendatangkan kemudaratan kepadamu. Sesungguhnya Allah mengetahui segala apa yang mereka kerjakan."
[Al-Imran:120]

Bila hatimu hancur dan terluka, menangislah, luahkan rasa luka yang terpendam, namun jangan di simpan luka yang pedih itu terlalu lama. kelak ia membusuk dan bernanah, kamu sendiri yang bakal menanggung derita yang tiada berkesudahan. Menangislah dan senyumlah. bangkitlah dari kesedihan dan ubatilah hatimu dengan mengingati Allah. Ingat, dunia ini penjara yang terindah bagi orang-orang yang beriman. Hidup di dunia sekejap sahaja, paling lama 80 tahun, tapi nun kat akhirat sana, kita kekal selamanya...so pilih, nak susah sekejap kat dunia or nak susah selamanya di akhirat? semuanya di tangan kita.

" Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah: 212]


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini


Memaafkan Bukan Mudah!

PM: "Saya tidak boleh maafkan orang.Saya tipu apabila saya cakap saya sudah lupakan bekas tunang saya, hakikatnya, saya masih merindui dia.Saya nak tinggalkan dia, tapi saya tak mampu.Asniza, awak ingat saya nak ke jadi panas baran? Saya tak nak tahu tak.Awak ingat perempuan-perempuan jahat tu nak ke jadi jahat? entah saya tidak tahu, tapi saya tak nak.Saya nak jadi solehah.Asniza, saya berani bersumpah, saya rela tak berkahwin asalkan saya masuk syurga.Tapi syaitan asyik mengganggu saya."

SAYA:Tiada siapa yang inginkan sesuatu yang tak elok terjadi terhadap dirinya. Manusia yang waras tentunya menginginkan yang baik-baik sahaja.Namun kadang-kadang situasi yang memaksa kita menjadi seorang yang di luar kawalan.Adunan perasaan yang seribu satu serta di dorong angan yang tidak berkesampaian mengubah kita menjadi insan yang sukar di ramal.Hinggakan kadang-kadang kita sendiri benci melihat bayang-bayang sendiri, kerana kita juga tahu membezakan mana yang baik dan mana yang buruk.Ingin melangkah tapi terasa bagaikan kaki di rantai. Ingin menjadi lebih baik tetapi ada sahaja alasan yang menghalang. Harus bagaimanakah?

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
[Al-Baqarah:216 ]


Maka, pesan saya, maafkanlah.Sesungguhnya maaf adalah penawar yang terindah, dan sebelum kita memaafkan seseorang, kita kena maafkan diri sendiri dulu. Lapangkan dada, tenangkan hati. cuba untuk berpijak di bumi yang nyata. jika kita tidak nampak apa-apa jaminan positif di masa hadapan, maka lepaskan dia pergi. past is past, gone is gone. kita hidup hari ini kerana sejarah semalam. dan untuk hidup esok hari, bergantung kepada apa yang kita lakukan pada hari ini. Optimislah.

Leraikanlah Simpulan Dengan Cermat


Sesuatu masalah umpama simpulan tali yang kusut. Untuk menyelesaikan sesuatu masalah, kita kena menghadapinya dengan bijak, elakkan daripada melarikan diri dari masalah. Jangan menarik simpulan tali terlalu kuat, kelak simpulan itu akan semakin ketat dan sukar untuk di leraikan. Jangan mengenggam rama-rama terlalu kemas, kelak rama-rama itu terkoyak sayapnya lalu binasa. Belajar untuk memaafkan dan melupakan. Saya tahu ianya sukar, tapi demi kehidupan kita yang lebih baik di masa hadapan, kita tiada pilihan! Time will heal, insyaAllah jika kita mengizinkannya.

Luka yang paling dalam adalah luka kerana hirisan pertama.
Sakit yang paling sakit adalah sakit yang di ciptakan orang yang paling kita cintai.

Itulah kenyataan, lumrah alam. Tapi, mematahkan seluruh tangan kerana hirisan kecil di jari adalah suatu tindakan yang tidak bijak. Maksud saya, mensia-siakan seumur hidup kita kerana menangisi dan mengenang luka yang silam adalah tidak berbaloi! Luka di jari akan sembuh dengan sendirinya, cuma terserah kepada kita bagaimana untuk mengizinkannya sembuh. Kalu nak cepat baik, letak la ubat, dan sebaliknya..begitulah juga kehidupan ini..

Perkahwinan adalah nikmat dan anugerah dari Tuhan. Dengan perkahwinan ini juga,yang haram boleh jadi halal. Perkahwinan juga perlu untuk memanjangkan lagi susur galur keturunan dan zuriat seseorang. Perkahwinan juga adalah sunnah Nabi dan di tuntut dalam agama. Jadi, mengapa mengharamkan yang halal?

Wanita di ciptakan dari tulang rusuk lelaki yang letakknya dekat dengan hati supaya dia di kasihi dan hampir dengan lengan supaya dia di lindungi. Wanita bukan di cipta dari kaki untuk dipijak dan di hina dan wanita juga tidak di cipta dari kepala untuk di sanjung. Jika lelaki dan wanita menyedari hakikat ini, insyaAllah sesebuah institusi kekeluargaan yang terbina akan mampu bertahan lama dan membawa manfaat kepada semua ahlinya.

Kecewa dengan cinta pertama? Jika di lontar batu ke dalam sekumpulan manusia, insyaAllah batu itu akan mengena salah seorang dari mereka yang pernah putus cinta. Dalam sepuluh orang manusia itu, pasti 7 orang darinya ada pengalaman putus cinta.Cinta monyet, cinta tiruan, cinta palsu dan macam-macam cinta.

Kita belajar dari kesilapan dan pengalaman
. Gagal sekali tak bererti selamanya gagal. Kadang-kadang Allah sengaja temukan kita dengan orang yang salah, supaya suatu hari nanti, bila kita bertemu dengan orang yang tepat, kita tahu menghargainya..Wallahua'alam. Kita juga selalu dengar, Allah sengaja turunkan hujan yang lebat tapi selepas hujan yang lebat itu, Allah anugerahkan kita dengan pelangi yang indah. Doakan yang baik-baik kerana itu lebih mulia, jangan sekali-sekali mendoakan atau berkata-kata yang buruk kerana al-quran juga tercatat:

"Janganlah kamu jadikan (nama) Allah dalam sumpahmu sebagai penghalang untuk berbuat kebajikan, bertakwa dan mengadakan ishlah di antara manusia. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui." [Al-Baqarah: 224]


Kenapa Bukan Aku?

PM: "Awak ingat tak seksa ke hidup macam ni? Saya tengok orang jahat bom palestin tapi saya tidak mampu buat apa-apa,saya menangis tahu tak..saya rasa saya yang patut kena bom..kasihan mereka..saya berdoa minta Allah tolong mereka..tapi saya terfikir, kenapa Allah masih belum mahu menghancurkan israel..tentu kaum palestin ada buat dosa..macam saya, kenapa saya masih belum bertemu ketenangan jiwa, adakah kerana saya terus melakukan dosa?"

SAYA:Syukurlah kerana kita ada perasaan dan kesedaran itu. Mungkin kita pernah melakukan kesilapan di masa yang lalu. Alhamdulillah kerana kita di kurniakan kesempatan dan masa untuk merenungnya semula. nobody perfect. Tiada manusia yang tak pernah melakukan kesalahan. kita bukan maksum. Tapi pintu keampunan sentiasa terbuka untuk kita. Dipanjangkan umur sehari lagi juga satu nikmat daripada Allah, supaya kita hargai dan guna kesempatan yang ada untuk terus bertaubat dan mohon keampunan dariNya.

Tiada bumi yang tak pernah ditimpa hujan, tiada pipi yang tak pernah di basahi dengan air mata. Salah satu cara Allah sayangkan kita adalah dengan memberi dugaan dan ujian kepada kita, kerana Allah tahu, hati yang sedang berduka dan di uji ini selalunya lembut dan mudah untuk mendekatiNya..Allah maha Pengampun lagi Maha Mengasihani..semakin kita cuba mendekatiNya, semakin Dia dekat dengan kita. biarlah seluruh dunia membenci kita dan menjauhi kita, tapi ingat, Allah sentiasa ada bersama kita. remember that..

Kita di beri dugaan dan ujian setimpal dengan kekuatan kita untuk menghadapinya. Allah hanya memberi dugaan kepada hamba-hambaNya yang mampu. begitu juga saudara kita di Palestin, kerana Allah tahu mereka mampu mengharunginya..ini juga sudah tertulis dalam al-quran..

" Baginya apa yang telah diusahakannya dan bagimu apa yang sudah kamu usahakan, dan kamu tidak akan diminta pertanggungan jawab tentang apa yang telah mereka kerjakan."
[Al-Baqarah: 134 ]

Tidak sempurna iman seseorang jika dia tidak mengasihi saudaranya seperti dia mengasihi dirinya sendiri. Tiap apa yang Tuhan ciptakan pasti bersebab. Palestin diuji namun seluruh umat Islam malahan satu dunia merasai peritnya, deritanya. Subhanallah..Palestine tidak menangis sendirian, umat Islam seluruh dunia bersatu menghantar doa mengharapkan penderitaan itu segera berakhir..Allah Maha Mengetahui segala yang ada di langit dan di bumi. Dia Maha Bijaksana.

Biarkanlah Israel laknatullah bersorak sorai, bergembira meraikan nyawa yang terkorban, di dunia ini mereka mungkin meraikan kemenangan dan ketahuilah, di akhirat sana, nerakalah sebaik-baik tempat untuk mereka yang kejam.

"Kehidupan dunia dijadikan indah dalam pandangan orang-orang kafir, dan mereka memandang hina orang-orang yang beriman. Padahal orang-orang yang bertakwa itu lebih mulia daripada mereka di hari kiamat. Dan Allah memberi rezeki kepada orang-orang yang dikehendaki-Nya tanpa batas."
[Al-Baqarah:212]